Seorang pemimpin Umno malam tadi sekali lagi 'menyerang' Bersatu melalui media
sosial. Kali ini berhubung langkah kerajaan Perikatan Nasional (PN)
menguruskan ekonomi bagi mengimbangi kesan wabak Covid-19.
Menurut Shahrir Samad, pada pandangannya kerajaan PN kini "terkial-kial" untuk
menghadapi keadaan semasa.
Tidak sekadar itu, bekas ahli parlimen Johor Bahru berkenaan turut melanjutkan
kritikannya kepada Pemuda Bersatu (Armada).
"Saya ingat nak post komen saya tentang kegeligaan pemimpin muda PPBM
(Bersatu)," katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Mengiringi kenyataan tersebut ialah tangkap layar laporan mengenai idea Ketua
Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, untuk meringankan kesusahan
rakyat.
Ditemu bual stesen radio BFM, senator itu mencadangkan agar Bank Negara
mencetak lebih banyak wang
untuk diagih-agihkan kepada orang ramai.
Idea itu bagaimanapun menjadikan timbalan menteri belia dan sukan terbabit
menjadi sasaran persendaan serta kecaman.
Kata Shahrir untuk menjelaskan pandangan terhadap idea Wan Ahmad Fayhsal
memadai untuknya mengongsikan pandangan seorang anak muda Johor Bahru.
"Macam mana kerajaan PN berteras PPBM (Bersatu) terkial-kial dengan kewangan
dan ekonomi negara, macam itu jugalah pemimpin pelapisnya.
"Timbalan menteri tu!" katanya.
Sementara itu seorang lagi pemimpin Umno Johor turut mengkritik Wah Ahmad
Fayhsal.
Menurut Dr Puad Zarkashi ketika ini nilai ringgit Malaysia sedang lemah,
justeru cadangan pemimpin Armada Bersatu itu - yang sebelum ini turut
menyarankan agar hutang rakyat kepada bank dihapuskan - tidak dapat diterima.
"Wan Fayhsal, engkau ini dah kenapa? Terlebih outside the box ke?
"Engkau tahu tak, nilai mata wang Malaysia sedang lemah sekarang ini.
Saya ingat nak post komen saya tentang kegeligaan pemimpin muda PPBM. Memadailah dengan saya kongsikan penulisan anak...
Posted by Shahrir Samad - Tok Uban on Wednesday, November 18, 2020
Join our Telegram Channel