
Anggota Parlimen Bintulu, Tiong King Sing berkata dia tidak mempunyai niat
jahat terhadap Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah apabila
menuduhnya "takut mati".
Tiong berkata dia hanya mengetengahkan rasa tidak puas hati orang ramai
terhadap kelemahan kerajaan dalam memberi respons terhadap penyebaran wabak
Covid-19.
Katanya, Kementerian Kesihatan harus bertindak lebih tegas dalam membendung
penyebaran penyakit berkenaan selain sekali lagi mempersoalkan mengapa Dr Noor
Hisham tidak turun sendiri ke Sabah untuk melihat keadaan di negeri itu.
"Ramai yang bertanya-tanya mengapa ketua pengarah tidak boleh mengunjungi
kawasan wabak untuk memberikan laporan langsung mengenai keadaan sebenarnya
kepada Majlis Keselamatan Negara dan perdana menteri secepat mungkin.
"Daripada mengadakan sidang media harian itu, dia harus fokus sepenuhnya pada
tugas mencegah wabak dan menyerahkan maklumat terkini kepada menteri
pertahanan kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Ahli Parlimen dari Parti Demokratik Progresif itu mencetuskan
suasana hangat di Dewan Rakyat ketika perbahasan usul Belanjawan 2021 dengan
mengatakan Noor Hisham tidak mengunjungi Sabah untuk memantau keadaan Covid-19
'kerana takut mati'.
Noor Hisham dalam sidang media selepas itu berkata dia telah mengunjungi Sabah
penghujung Ogos lalu bagi memantau persiapan Kementerian Kesihatan menjelang
pilihan raya negeri pada September.
Katanya, dia juga telah mengarahkan timbalannya, Dr Chong Chee Kheong dan
Penasihat Khas Kesihatan Perdana Menteri, Jamilah Mahmood untuk melawat Sabah
dua minggu lalu untuk melihat tindakan dan pengurusan kes Covid-19.
"Kita sebagai Islam, kita terima (yakin) di mana-mana pun kematian boleh
berlaku.
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel