
PANDEMIK wabak Covid-19 atau coronavirus sejak awal tahun sememangnya memberi
impak yang besar sehingga menyebabkan ramai orang kehilangan punca pendapatan.
Bagaimanapun berbeza pula dengan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang
menganggap wabak tersebut menjadi punca dia tidak dapat melakukan aktiviti
seperti membeli-belah dan bercuti di luar negara.
"Tolonglah pergi jauh-jauh... tolong. Kenapa kau nak datang dekat-dekat dengan
aku. Kenapa kau datang dekat sini. Aku merayu dekat kau... tolong la,
jauh-jauh.
"Sebab kau, aku terseksa... sebab kau, aku menangis, sebab kau... aku tak
boleh jalan-jalan, tak boleh shopping, tak boleh nak ke luar negara. Orang
semua tak boleh nak meeting.
"Tolong corona (coronavirus), tolong jauh, tolong pergi! Muncul... datang
lagi, kenapa? Dulu dah baik-baik kau berambus, sekarang kau datang lagi.
"Tolonglah corona, kita nak berniaga, nak hidup seperti sedia kala, nak happy.
Kalau kau tak nak pergi, aku halau kau, aku teranjang kau, aku sepak kau,"
kata Aliff.
Penyanyi lagu Bobo Dimana itu meluahkan perasaannya menerusi sebuah rakaman
yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Luahan Aliff itu bagaimanapun dikecam netizen yang beranggapan usahawan itu
hanya memikirkan aktiviti tidak penting berbanding kesusahan yang perlu
dihadapi orang lain dalam keadaan sekarang.
"Dah macam ini pun nak fikir jalan-jalan. Kalau boring sangat, pergilah cari
orang susah tolong. Kalau Covid-19 ini boleh dihalau dengan merayu macam ini
dah lama dah kami yang terjejas pendapat ini merayu sambil bergolek-golek.
"Waktu macam ini pun masih lagi ingat nak shopping, ke luar negara
jalan-jalan. Apa salahnya dalam waktu begini datuk bantu orang yang susah,
kena buang kerja atau tolong frontliner.
Please subscribe

Join our Telegram Channel