
Isteri presiden Turki, Emine Erdogan, mendapat perhatian selepas gambarnya
memperagakan beg jenama Hermes tular setelah suaminya, Recep Tayyip Erdogan,
meminta orang ramai memboikot jenama Perancis.
Beberapa hari lalu, Emine telah dikritik oleh beberapa orang di Turki kerana
memperagakan beg jenama Hermes.
Salah satu kritikan itu datang dari pemimpin Parti Republik Turki Kemal
Kılıcdaroglu yang meminta Presiden Erdogan atau isteri presiden, Emine Erdogan
untuk membakar beg jenama Hermes miliknya.
“Emine sendiri mempunyai beg (Hermes). Dia harus membakarnya di taman istana
presiden dan berkata ‘Saya protes’,” katanya seperti dipetik dari media Turki,
duvarenglish.
Jawapan Balas Media Pro-Pemerintah
Bagi beberapa media pro-kerajaan, mereka mendakwa bahawa beg Hermes kepunyaan
Emine tidak asli atau palsu.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan oleh Hande Firat, salah seorang kolumnis
dari media Hurriyet pada 30 Oktober 2020, Hande menyatakan bahawa beg yang
dipakai oleh Emine adalah jenama Hermes versi klon.
Dalam tulisannya, Hande mendedahkan bahawa ketika dalam perjalanan, Emine
lebih suka memilih untuk memakai beg dari jenama tidak terkenal, Emine juga
didakwa lebih suka memakai beg jenama tempatan.
“Dia tidak membeli beg dengan harga tinggi. Dia membeli yang tiruan atau
palsu, bukan barang asli,” tulis Firat dalam kolumnya.
Hande juga menulis bahawa sumbernya mengatakan bahawa saat ini Emine sangat
prihatin terhadap masalah alam sekitr. Emine yang juga peneraju dalam projek
zero-waste seboleh-bolehnya mahu menggunakan produk mesra alam, termasuk dalam
hal beg.
Pandangan Netizen
Tulisan Hande di media pro-Turki telah diperbincangkan oleh para netizen.
Seorang netizen yang dikenali sebagai peguam kemanusiaan Turki bernama Kerem
Altiparmak mempersoalkan dakwaan Hande.
Dia menulis, beg Hermes milik Emine ini pernah menjadi perhatian pada tahun
2019. Bahkan seorang wartawan Turki pernah mengkritik gaya Emine yang suka
memperagakan barangan berjenama ketika Turki dilanda krisis ekonomi.
“Pada waktu itu tidak ada yang menyatakan bahawa beg itu palsu. Ketika boikot
produk Perancis bermula, Hande Firat mula mendakwa bahawa beg itu palsu,”
tulis Kerem.


Join our Telegram Channel