Syarat sokongan Bajet 2021 yang diberikan oleh Dato Seri Najib bukanlah
syarat Puteri Gunung Ledang. Syarat Puteri itu sememangnya bertujuan untuk
menolak kerana ia satu perkara yang mustahil.
Tetapi syarat tambahan moratorium pinjaman 6 bulan dan pengeluaran pukal
RM10k Akaun KWSP yang diberikan oleh BN bukannya sesuatu yang tak logik.
Contohnya keuntungan bank-bank antara April - Jun 2020 masih lagi besar
sepertimana berikut:
- RHB Bank RM400j (2Q 2019: RM615j)
- Maybank RM942j (2Q 2019: RM1.94b)
- Hong Leong Bank RM525j (2Q 2019: RM469j)
- Ambank RM365j (2Q 2019: RM391j)
- CIMB RM277j (2Q 2019: RM1.5b)
- Alliance Bank RM104j (2Q 2019: RM77j)
Dapat dilihat walaupun keadaan suku kedua 2020 amat sukar termasuk bank
terpaksa memberikan moratorium pukal, tetapi kesemua bank ini masih mendapat
keuntungan. Malahan keuntungan Hong Leong dan Alliance Bank adalah lebih
tinggi daripada tahun lepas.
Begitu juga dengan cadangan pengeluaran RM10k secara pukal. Walaupun ia
boleh memberikan kesan kepada aliran kewangan KWSP, tetapi DS Najib juga
memberikan beberapa cadangan mudah supaya ia dapat dilaksanakan tanpa
menjejaskan kedudukan KWSP dan masa depan pencarum.
Antaranya adalah dengan pengeluaran bond dan pemberian multi layer dividen.
Multi layer dividen bermaksud, semakin sedikit simpanan maka semakin
tinggilah peratusan dividen.
Inilah sebenarnya idea yang pernah dibuat oleh Tabung Haji di bawah DS Azeez
Rahim. Di bamana bermula tahun 2013, penyimpan yang memiliki simpanan kurang
daripada RM9980 dan belum menunaikan haji diberikan dividen khas bagi
membantu mereka mencukupkan simpanan ke tanah suci.
Malangnya pada zaman PH dividen ini tidak diteruskan.
Pada akhirnya, rakyat akan menilai kita berdasarkan bagaimana kita
memperjuangkan nasib mereka.
Bukan bagaimana kita mempertahankan mereka yang sedang berkuasa.
– Abdul Rahim Hilmi Zakariya
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel