Gambar hiasan |
Melaka merupakan antara destinasi pilihan ramai pelancong dalam dan luar
negara.
Bukan sahaja mudah untuk dikunjungi, malah para pengunjung dapat melihat
pelbagai peninggalan sejarah di sana.
Terbaharu, sebuah taman tema terbesar Malaysia bakal dibina di Klebang.
Difahamkan, taman tema tersebut yang dilengkapi dengan ferris wheel terbesar
di Malaysia dan mungkin di Asia Tenggara akan menarik lebih ramai pengunjung
ke Melaka.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri
Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, projek yang bernilai RM600 juta itu
merupakan pelaburan daripada syarikat swasta dan kini hanya menunggu
kelulusan.
Tambahnya, taman tema itu turut akan dilengkapi dengan projek underwaterworld,
kapal selam dan peralatan tentera perang.
Join our Telegram Channel