
IPOH: PAS Perak yakin parti itu tidak akan ditinggalkan dalam pembentukan
Exco Kerajaan negeri baharu, kata Pesuruhjayanya Razman Zakaria.
Razman yakin semangat setiakawan dan penyatuan ummah yang terjalin antara
PAS dan UMNO akan terus kekal.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada
ADUN Kota Tampan (Saarani Mohamad) di atas perlantikan sebagai Menteri Besar
Perak yang ke-14.
“Mengenai pelantikan Exco, itu adalah kuasa Menteri Besar dan kita
dimaklumkan pada hari ini hanya lima orang sahaja dilantik, tidak termasuk
PAS.
“Tapi saya yakin tak mungkin MB akan meninggalkan PAS”, katanya di sini.
Beliau mengulas perlantikan lima Exco yang dibuat selepas majlis angkat
sumpah menteri besar di Istana Iskandariah hari ini tanpa membabitkan wakil
PAS.
Empat daripada mereka adalah dari Umno dan seorang, PPBM.
Razman bagaimanapun berkata, pihaknya tetap akur dengan sebarang keputusan
walaupun tidak dilantik.
“Apa yang penting sekarang ialah isu rakyat dan bagaimana wakil rakyat yang
dipilih dapat berfungsi demi kepentingan rakyat itu sendiri,” katanya.
PAS dilihat ‘berlembut’ daripada pendirian sebelum ini iaitu tidak mahu
terlibat dalam pembentukan kerajaan baharu Perikatan Nasional yang diterajui
oleh Umno.
Semalam, presiden parti, Abdul Hadi Awang berkata partinya menyokong
pencalonan Saari sebagai menteri besar.
Namun, ADUN PAS bukan antara yang dipilih sebagai EXCO hari ini.
Sebalknya Setiausaha PPBM Perak, yang juga ADUN Sungai Manik, Zainol Fadzi
Paharuddin antara lima EXCO mengangkat sumpah jawatan di depan Sultan Nazrin
Shah di Istana Iskandariah.
Zainol yang dilantik sebagai EXCO kanan, ialah bekas penasihat bertaraf EXCO
kepada bekas menteri besar, Ahmad Faizal Azumu.
Turut mengangkat sumpah hari ini ialah empat EXCO di bawah pentadbiran
terdahulu, iaitu Zolkafly Harun (Lintang), Shahrul Zaman Yahya (Rungkup), Dr
Norashikin Wan Noordin (Kampong Gajah) dan Khairul Shahril Mohamed (Bota). –
FMT
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
- Saarani tiba di Istana Iskandariah
- MT Umno sebulat suara calonkan Saarani MB Perak
- Bersatu akhirnya setuju bentuk Kerajaan negeri bersama UMNO, PAS
- Zahid menghadap Sultan Nazrin hari ini
- Calon MB Perak mesti daripada Bersatu
- Zahid, Saarani tiba di Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak
- Zahid selesai jumpa Sultan, sahkan dapat sokongan Bersatu, Pas
- Sultan Nazrin titah Adun Bersatu, PAS mengadap
- Bersatu belum buat keputusan sokong Umno tubuh kerajaan Perak
- PAS tak jadi mengadap Sultan Perak
- Bersatu pertimbang ambil tindakan terhadap Hasnul sokong Saarani MB
- Sultan rilek je, tak kata derhaka pun, kata supol Pas Perak
- PAS, PPBM setuju Saarani MB Perak selepas Zahid mohon maaf
- ADUN PAS, PPBM serah SD kepada Sultan sokong Saarani MB Perak
- Sultan Perak setuju pilihan UMNO, Saarani dilantik MB
- Insiden di Perak meningkatkan hubungan UMNO, PPBM, PAS, kata Ahmad Maslan
- Saarani angkat sumpah 11 pagi hari ini
- Saarani angkat sumpah sebagai MB Perak
Join our Telegram Channel