
Ahli majlis tertinggi Umno, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan pimpinan
tertinggi parti itu sebulat suara mencalonkan Adun Kota Tampan, Saarani
Mohammad sebagai menteri besar Perak yang baru.
"Sebulat suara," katanya apabila ditanya berhubung perkara itu.
"Ya, betullah tu," kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia itu apabila
ditanya sekali lagi sebagai pengesahan.
Dia berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat majlis tertinggi (MT) di
bangunan PWTC, malam ini.
Kebanyakan ahli MT yang hadir enggan mengulas pertanyaan pemberita apabila
ditanya mengenai perkembangan mesyuarat malam tadi.
Saarani antaranya hanya menjawab: "Tunggu esok."
Bung Radin Moktar pula berkata mesyuarat tersebut bertujuan mengukuhkan parti
serta membincangkan perhimpunan agung Umno yang akan datang.
Mesyuarat itu diadakan selepas Ahmad Faizal Azumu yang juga Adun Chenderiang
dan Timbalan Presiden Bersatu disingkirkan sebagai menteri besar Perak
baru-baru ini.
Ahmad Faizal gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat
negeri itu dalam undian percaya yang diusulkan oleh Adun Pengkalan Baru, Abdul
Manaf Hashim.
Sebanyak 48 undi menolak usul percaya itu berbanding 10 yang menyokongnya,
manakala satu undi rosak atau berkecuali.
Sementara itu, dalam satu kenyataan malam ini, Setiausaha Agung Umno, Ahmad
Maslan berkata parti itu telah membincangkan tentang senario politik di Perak.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
- Saarani hadir mesyuarat MT UMNO malam ini
Join our Telegram Channel