PUTRAJAYA – Sebanyak 61 botol berisi air ketum berisipadu 91.5 liter ditemui
di Pangsapuri Penjawat Awam di Presint 5 yang disimpan dalam tong ais berwarna
oren dan disorok di dalam bilik saluran gas.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata kesemua botol air
ketum itu ditemui pada pukul 12.30 tengah hari tadi oleh sepasukan polis dari
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Putrajaya.
Katanya polis bertindak memeriksa bilik saluran gas yang terletak di salah
satu blok pangsapuri itu selepas menerima maklumat orang awam mengenainya.
"Setibanya di lokasi, kita menemui satu tong oren dan didalamnya mengandungi
61 botol plastik lutsinar 1.5 liter yang setiap satunya diisi dengan cecair
yang disyaki air ketum.
Nilai anggaran kesemua air ketum itu RM1,525 dan tiada tangkapan dibuat di
tempat kejadian. Siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi
di sini hari ini.
Join our Telegram Channel