KUALA LUMPUR: Ramly Food Processing Sdn Bhd (RFPSB) menegaskan hanya
mengimport daging daripada pengeluar luar negara yang dipantau secara berkala
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Susulan itu syarikat daging sejuk beku dan burger tersebut dalam kenyataan
berkata daging-daging yang diimport itu disahkan halal dan tiada penglibatan
orang tengah.
"RFPSB merupakan syarikat bumiputera Muslim yang dimiliki oleh sebuah keluarga
dan kami amat menitik berat serta berhati-hati dalam isu ini sejak dahulu
lagi," katanya.
Terdahulu dalam kenyataan sama, RFPSB menyambut baik saranan Jakim dan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) supaya
tiada mana-mana pihak mengulas lanjut isu tersebut selagi siasatan penuh belum
selesai.
Join our Telegram Channel