IPOH – Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad antara yang akan hadir ke
mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia
(WTC) Kuala Lumpur malam ini.
Memetik laporan Bernama, Saarani mrngesahkan kehadirannya malam ini.
Mesyuarat berkenaan akan dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi dan dijangka memberi fokus kepada situasi pembentukan kerajaan baharu
Perak.
Saarani yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan dikatakan
antara calon Menteri Besar Perak daripada UMNO bagi menggantikan ADUN
Chenderiang Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Jumaat lepas, pada persidangan DUN Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden
Bersatu gagal meraih sokongan majoriti dalam usul undi percaya terhadapnya dan
secara rasminya telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak, semalam.
UMNO merupakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak dalam DUN Perak iaitu 25
diikuti, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3) dan Pas (3), manakala
Gerakan dan Bebas masing-masing satu kerusi.
Semalam, Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan melakukan penjajaran politik
baharu dengan Pakatan Harapan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional sedia ada
tidak dapat dikekalkan.
Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dan Pengerusi Parti Amanah Rakyat (Amanah)
Perak, Datuk Asmuni Awi turut dilaporkan berkata bahawa gabungan antara UMNO
dengan parti mereka, adalah sesuatu yang tidak mustahil.
Malah, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador
Rizal Mubarak dilapor mengesahkan bahawa pihaknya telah mengadakan
perbincangan dengan pimpinan UMNO negeri itu sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Kerajaan Bersatu Perak, Faizal Azumu tumbang lagi, MB tewas undi percaya
- Faizal akur kecundang, akan letak jawatan MB
- Faizal menghadap Sultan Perak janji tak akan bubar Dun
- Pas tidak mahu campur kerajaan baru Umno Perak
- Undi hanya untuk tolak MB, bukan tolak PN, Umno minta PAS, Bersatu kekal
- Khianat, gila kuasa, mungkin lepas ni Pas jadi mangsa Umno – Ahli MPT Bersatu
- Johor pun boleh tumbang, kata naib presiden
- 25 ADUN BN tandatangan SD sokong Saarani MB Perak baharu
- DAP Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- UMNO dijangka adakan mesyuarat tergempar malam ini, bincang politik Perak, kedudukan kerajaan Persekutuan
- PKR Perak sedia kerjasama dengan Umno tubuh kerajaan baharu
- Pas uturn, sedia tubuh kerajaan Perak dengan Umno
- Kesabaran Umno berkecai, Muhyiddin terpaksa melutut
- 24 UMNO, 24 PH boleh bentuk kerajaan negeri kukuh di Perak – Mujahid
- Selama ini UMNO Perak hanya berdiam diri terhadap perbuatan Peja, dedah Saarani
Join our Telegram Channel