Ustaz Syamsul cium, gesel kemaluan selepas 2 hari kenal



KOTA BHARU: Polis menahan seorang lelaki di Machang semalam, beberapa jam selepas menerima laporan daripada seorang ahli perniagaan lelaki yang mendakwa dicabul suspek ketika mereka berada di sebuah hotel.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat, yang mengesahkan kejadian itu berkata, polis menerima laporan daripada ahli perniagaan berusia 30 tahun pagi semalam.


Katanya, laporan oleh lelaki berkenaan mendakwa dia berkenalan dengan suspek berusia 32 tahun di sebuah pasar raya pada 14 Dis.

Beliau berkata, pada malam berikutnya lelaki itu keluar bersama suspek yang dipanggilnya “Ustaz Syamsul” pada 11 malam dengan menaiki kereta suspek, dan pada 16 Dis kira-kira 1.15 pagi semalam suspek menghantar ahli perniagaan itu ke sebuah bilik hotel dekat Jalan PCB, Kota Bharu.

"Semasa berada di tempat kejadian, suspek bertindak mencium pipi dan meraba kemaluan mangsa. Suspek turut menggeselkan kemaluanya ke peha mangsa.


"Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan itu membuat laporan polis sejurus kejadian. Mangsa juga dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shafien berkata, suspek kemudiannya ditahan di sebuah sekolah pondok pada jam 3 petang, semalam.

"Suspek kini direman selama empat hari, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan," katanya. – FMT/Mkini
 

Join our Telegram Channel
Telegram