PETALING JAYA: Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot) berkata, bekas gabenor Bank Negara (BNM) Zeti Aziz perlu menjelaskan dakwaan bahawa keluarganya pernah menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan yang diburu, Low Taek Jho.
Presiden Mohamed Arshad Raji dalam kenyataan berkata, ia adalah dakwaan yang berat dan mengancam integriti bank pusat dan institusi kewangan negara.
Katanya, tanpa menghiraukan sama ada Malaysia Today, laman yang membuat dakwaan itu, boleh dipercayai atau tidak, “tetapi mengambil kira kemungkinan kesan akibat dakwaan berkenaan, Zeti tidak boleh terus membisu dan mesti menjelaskan serta-merta.”
Pada Selasa, bekas perdana menteri Najib Razak mendedahkan bahawa bekas gabenor itu pernah menasihatkan beliau supaya membuka akaun atas namanya untuk menerima dana asing yang kemudiannya dikaitkan dengan skandal 1MDB.
Najib berkata, Zeti pernah mengeluarkan kenyataan sejurus selepas pilihan raya umum ke-14 menafikan beliau menyedari kewujudan dana itu atau mengenai apa-apa transaksi dalam akaun Ahli Parlimen Pekan itu, termasuk dana berjumlah RM2.6 bilion.
Arshad berkata adalah mustahil BNM untuk tidak menyedari wang yang begitu besar itu yang dimasukkan ke dalam sesebuah akaun peribadi.
“Sekiranya dana itu adalah daripada derma politik, usaha wajar harus dijalankan tanpa mengira sama ada seorang menteri berkata beliau pernah bertemu dengan penderma dana itu.
“Bank Negara harus membuat keputusan autonomi. Pegawai di BNM tidak bertanggungjawab kepada ahli politik kerajaan,” katanya.
Arshad turut menggesa satu siasatan menyeluruh dijalankan dan pihak berkaitan perlu sedaya upaya melakukan perkara yang diperlukan.
“Patriot dan masyarakat mahu tahu hasil siasatan berkenaan.”
Semalam, Exco Pemuda UMNO, Shahrul Nasrun Kamaruddin membuat laporan polis terhadap dakwaan sama dan berharap polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memulakan siasatan segera dengan memanggil Zeti serta keluarganya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- TERDEDAH: Zeti kantoi terima lebih RM100 juta dari Jho Low, 1MDB
- Najib: Patutlah BNM, Ambank tak pernah warning saya ada transaksi meragukan, RM100 juta masuk kat dia
- Pemuda UMNO lapor polis dakwaan keluarga Zeti terima dana 1MDB, Jho Low
- Zeti perlu jawab dakwaan terima dana 1MDB, Jho Low, kata Patriot
- Akhirnya ahli keluarga Zeti tampil mengaku terima wang 1MDB
- Najib dedah SD keluarga Zeti akui terima wang 1MDB, persoal kenapa PH, Tommy Thomas, badan siasatan sorok perkara ini
- Kenapa SPRM diam tak siasat Zeti, bukti dah ada – Puad Zarkasi
- Bang Non tumpang sekaki balun Zeti, jelaskan dakwaan terima wang 1MDB, Jho Low
- Zeti nafi terima dana 1MDB but no comment, ganggu perbicaraan Najib
- Boleh percaya ke penafian Zeti, kaki kencing tu? – Najib
Join our Telegram Channel