Aplikasi yang menampilkan konsep gaya hidup Muslim iaitu, TheNoor kini boleh
dimuat turun untuk sistem operasi Android serta
Apple, iOS.
Ia diperkenalkan oleh usahawan serta selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd
Noor dan aplikasi berkenaan turut merangkumi pelbagai maklumat penting.
Ciri khusus gaya hidup Muslim yang ditampilkan oleh aplikasi berkenaan turut
merangkumi waktu solat, azan, arah kiblat dan carian masjid terdekat dengan
pengguna.
Ia juga merangkumi himpunan ayat al-Quran serta terjemahan lengkap untuk lima
bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Tamil dan Indonesia.
Join our Telegram Channel