Sejak beberapa hari yang lepas kecoh di media sosial mengenai penyampai radio
Hot FM, Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar yang
dikatakan telah berlaku curang terhadap isteri beliau.
Susulan daripada kejadian dan video tular tersebut, beliau pada hari ini
dilaporkan telah digantung perkhidmatan sebagai penyampai radio Hot FM
berkuatkuasa serta merta.
Menurut Harian Metro, penggantungan sementara perkhidmatan Shuk itu adalah
untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan secara
mendalam mengenai isu beliau yang sedang tular di media sosial.
Dalam pada itu, difahamkan perkembangan terkini mengenai penggantungan Shuk
akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan terhadap isu
tersebut selesai.
Terdahulu, kisah rumah tangga Shuk sekali lagi menjadi bualan orang ramai
apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah telah bertindak membuat
pendedahan secara terbuka mengenai suaminya itu yang berlaku curang bersama
wanita lain pada Sabtu lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Orang tidur, aku berkeliaran cari laki – Isteri dedah Shuk HotFM curang lagi
- Tuduhan curang, Hot FM gantung Shuk serta merta
- Fara Salleh mengaku skandal dengan Shuk sudah berakhir
- Jiran kantoikan Shuk HotFM lari keluar ikut balkoni rumah Fara
- Sedap kau duduk rumah dapat g*nt*l, rumahtangga Shuk-Rossa panas kembali, Fara ugut terjun bangunan
Join our Telegram Channel