SEBERANG PERAI – Bomba terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah di Taman Jambu
Mawar, Bukit Mertajam di sini malam tadi selepas penghuninya didapati tidak
sedarkan diri dalam keadaan pintu rumah terkunci.
Perkara itu disedari jiran mangsa sebelum menghubungi bomba kira-kira pukul
9.30 malam.
Difahamkan, ketika ditemui, mangsa berusia 60-an yang dipercayai tinggal
bersendirian itu berada di ruang tamu dalam keadaan duduk di atas lantai
menghadap sebuah komputer riba.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima
laporan oleh jiran mangsa yang memaklumkan pintu rumahnya terkunci dan
dikhuatiri telah meninggal dunia.
“Bomba memecahkan pintu dengan menggunakan peralatan khas sebelum mendapati
seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri berada di dalam rumah.
“Dia disahkan telah meninggalkan dunia oleh wakil Kementerian Kesihatan
sebelum mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”
katanya kepada pemberita hari ini.
Join our Telegram Channel