Netizen terkedu rider Foodpanda mampu jana RM18k dalam masa 2 bulan



Ketika ini, banyak industri terkesan dengan penularan wabak COVID-19 dan terpaksa membuang pekerja.

Oleh itu, ramai yang membuat keputusan bekerja sebagai ‘rider’ Foodpanda, Grab dan sebagainya.


Terbaharu, tular jumlah pendapatan dua bulan seorang ‘rider’ makanan di media sosial menjadi perhatian netizen.

Rata-rata terkejut kerana selama dua bulan ‘rider’ tersebut berjaya meraih RM18,005.

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan bahawa bukan mudah untuk mendapat pendapat sebanyak itu kerana memerlukan komitmen dan rajin berusaha untuk mencapainya.


Malah, ada juga netizen mengatakan anak muda harus rajin bekerja kerana dalam kesusahan akan ada kesenangan kelak. Tidak semua orang sanggup bekerja sebagai ‘rider’ disebabkan risiko dan penat.

Akan tetapi, ada juga yang tidak bersetuju tindakan ‘rider’ tersebut mendedahkan pendapatan yang diterimanya kerana akan memberikan kesan kepada ‘rider’ lain.

Apakah pendapat anda akan perkara ini? – Vocket






Join our Telegram Channel
Telegram