SINGAPURA: Pihak berkuasa menahan seorang remaja di bawah undang-undang
keselamatan dalam negeri kerana merancang untuk membunuh jemaah di dua masjid
di republik itu pada 15 Mac nanti, sempena ulang tahun serangan keganasan ke
atas masjid di Christchurch.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri menerusi kenyataan berkata, pelajar berusia
16 tahun itu ialah individu termuda ditahan di bawah undang-undang itu dan
tahanan pertama didorong ideologi ekstremis kanan.
“Dia meradikalkan dirinya, dimotivasi antipati kuat terhadap Islam dan
tertarik kepada keganasan. Dia menonton video siaran langsung serangan
pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand serta membaca manifesto
penyerang, Brenton Tarrant,” menurut jabatan itu.
Pelajar Singapura itu melukis peta untuk laluannya dan memilih dua masjid
berdekatan rumahnya di utara Singapura.
Menurut jabatan itu, remaja terbabit turut membeli jaket kalis peluru dan
merancang membeli parang dalam talian dengan niat untuk menyiarkan serangannya
secara langsung.
Pada mulanya, pelajar itu mahu mendapatkan senjata dan meneroka kaedah membuat
bom, serta meniru rancangan Tarrant membakar masjid dengan petrol.
![]() |
Keratan berita dari www.indiatoday.in. |
Join our Telegram Channel