SAMARAHAN – Sembilan mangsa termasuk seorang bayi dilaporkan mati lemas
selepas kenderaan yang dinaiki mereka terjatuh dari feri Triso di Jalan
Beladin Triso di sini, hari ini.
Menurut Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, kejadian tersebut berlaku
sekitar pukul 3:10 petang.
Semasa kejadian, seorang pengguna Facebook bernama “Dyg Junailah Ieyent”
membuat rakaman video secara langsung dan ia telah tular dikongsikan oleh
warganet.
“Video berdurasi tujuh minit 15 saat tersebut menunjukkan kesemua lapan mangsa
yang terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan telah berjaya
dikeluarkan oleh orang awam dengan bantuan feri dan juga jentolak di lokasi.
“Kesemua mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan ada juga orang
awam yang dilihat memberi bantuan CPR ke atas mangsa di tebingan wharf feri,”
katanya dalam satu laporan.
Senarai sembilan mangsa yang terkorban selepas kereta pacuan empat roda
jenis Ford Ranger dinaiki mereka terjatuh dari sebuah feri di Jalan Beladin
Triso di sini, hari ini.
- Siti Aisha Abdullah, 36 tahun
- Mohd. Ahmad Mohd. Hamdan, 4 bulan
- 3. Muhd. Mustaqim Mohd. Hamdan, 5 tahun
- Mohd. Aiman Mohd. Hamdan, 7 tahun
- Ronany Ting, 33 tahun (Pemandu)
- Wallace Phang, 7 tahun
- Alvin Phang, 12 tahun
- Khairunnisa Mohammad, 14 tahun
- Nor Shuhada Mohamad, 16 tahun
Difahamkan siasatan berhubung tragedi itu masih giat dilakukan bagi
mengenalpasti punca kejadian.– Kosmo
Join our Telegram Channel