KUALA LUMPUR – Seorang isteri ketua bahagian sebuah parti politik bertindak
membuat laporan polis kerana mendakwa dipukul suaminya.
Suri rumah berusia 41 tahun itu dalam laporannya berkata dirinya ditampar
sebanyak lima kali malah turut ditumbuk di bahagian badan.
“Suami saya telah memukul saya kerana saya dapati dia telah berlaku curang
di belakang saya bersama perempuan lain di sebuah bilik karaoke di Bukit
Bintang.
“Saya telah ditampar di bahagian pipi sebelah kiri sebanyak lima kali,
ditumbuk di bahagian badan. Saya mengalami kecederaan di muka, belakang
badan dan lengan kiri,” katanya dalam laporan polis awal pagi tadi.
Laporan polis berkenaan kini tular melalui aplikasi WhatsApp.
Wanita berketurunan Bajau itu membuat laporan polis berkenaan di Balai Polis
Komuniti Mutiara Damasara.
“Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk tindakan pihak polis dan rujukan
mahkamah serta sebagai untuk keselamatan saya di kemudian hari,” lapor
wanita berkenaan lagi. – MG
Balai: Damansara
Daerah: Petaling Jaya
Kontinjen: Selangor
Tarikh: 08/09/2022
Waktu: 0246 AM
Butir-butir Pengadu:
Nama: Arsidah binti Hiyah
Umur: 41 tahun 9 bulan
Keturunan: Bajau
Alamat: xxxxxxxxxx Challis Damansara, Kota Damansara, 447810, Petaling Jaya
No. Tel (Bimbit): 0179899804
Pada 8/9/2022 jam lebih 0200hrs semasa saya berada di rumah alamat 40-2 Jalan
PJU 3/30 Challis Damansara, Kota Damansara, Petaling Jaya, suami saya nama
Datuk Hishamuddin Bin Abdul Karim telah memukul saya kerana saya dapati dia
telah curang di belakang saya bersama perempuan lain di sebuah bilik karaoke
di Bukit Bintang.
Saya telah ditampar di bahagian pipi sebelah kiri sebanyak 5 kali, ditumbuk di
bahagian badan.
Saya mengalami kecederaan di bahagian muka, belakang badan dan lengan sebelah
kiri.
Sumber: Abdul Karim
Join our Telegram Channel