PETALING JAYA – Bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad mengakui
individu di sebalik akaun aplikasi perkenalan songsang, Grindr yang didedahkan
sebuah portal hiburan semalam, adalah dirinya.
Bagaimanapun, bapa kepada empat cahaya mata itu berkata, dia hanya menggunakan
aplikasi berkenaan untuk mempromosikan khidmat urut lelaki dan bukannya sampai
ke tahap mengadakan hubungan sejenis.
“Dalam Grindr itu memang aku. Nak urut, PM (private message). Kalau nak
hisap atau fun (berseronok), aku tak offer (tawarkan).
“Kau datang minta nak hisap. Orang itu dah jawab dia tak buat sebab dia tukang
urut. Kau balas dengan rasa hampa. Bila dia letak harga, kau pergi tularkan
dan cakap dia tawar khidmat hisap,” katanya menerusi Facebook.
Ujar suami kepada Ina Naim itu lagi, individu yang bertindak menularkan atau
mengaitkan namanya dengan aktiviti songsang semalam hanya mengumpul dosa
sendiri dan berniat tidak baik.
“Berhentilah gosip ‘gayboy’ dan tuduhan itu. Tidak elok, kau orang
hanya akan himpun dosa sahaja. Dan, kalau betul pun, kenapa?.
“Kau hanya aibkan aku untuk jatuhkan aku, padahal itu hanya akan menaikkan
nama aku sedangkan kau tetap di situ menghimpun dosa beribu,” jelas Suhaimi
lagi.
Semalam, kecoh apabila sebuah portal berkongsi kisah seorang selebriti senior
dilaporkan menawarkan perkhidmatan urut dalam laman mencari pasangan songsang,
Grindr.
Suhaimi, 40, berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 di Masjid Jamek
Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.
Join our Telegram Channel