KECOH: Video staff Mc'D seluk dalam seluar sebelum saji kentang goreng tular



NETIZEN digemparkan dengan sebuah video yang memualkan, menunjukkan seorang pekerja restoran makanan segera, didakwa menyeluk dalam seluar menggunakan sebelah tangannya.

Ketika kejadian, pekerja tersebut sedang menggoreng kentang, dan tangan yang sama digunakan untuk menyajikan kentang goreng itu.

Menerusi satu klip video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok, seorang lelaki berdiri di kaunter servis, merakamkan seorang pekerja berambut perang dengan tangannya menyeluk di belakang seluar yang dipakai.


Dia berkata: "Er, maafkan saya, puan, bolehkah saya dapatkan kentang goreng saya yang besar?"

Pekerja itu kemudian menggumamkan sesuatu yang tidak jelas, sebelum mengalihkan tangan kirinya dari pinggang sambil menghidangkan sebahagian kentang goreng ke dalam kotak.

Dia kemudian menyerahkan pesanan makanan kepada pelanggannya, tanpa menyedari tindakannya itu diperhatikan.


Bercakap kepada The Sun, restoran makanan segera di Amerika Syarikat itu memberitahu bahawa rakaman tersebut muncul semula selepas bertahun-tahun.

Malah ia menjelaskan bahawa pekerja di dalam klip video itu tidak lagi bekerja bersama mereka sejak 2016.

Video tersebut ditonton lebih 2.4 juta kali sejak ia dimuat naik pada 16 Disember lalu, sehingga mengejutkan para pelanggan mengenai tahap kebersihannya. – Daily Star



Please subscribe


Join our Telegram Channel
Telegram