Tular surat kerajaan minta sumbangan Covid-19 dari Persatuan Buddha



Hari ini tular satu surat rasmi dari Pusat Kuarantin Dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Kota Bharu memohon sumbangan dari Persatuan Buddhist Tzu Chi.

Surat yang bertarikh 14 Januari itu memohon katil, tilam dan bantal masing-masing sebanyak 120 unit.


Surat tersebut yang juga terpapar logo Jata Negara ditanda tangani oleh Pengarah PKRC, Dr. Mohd Azman Bin Yacob.

Netizen memberi reaksi pelbagai dengan penularan surat rasmi itu.

Rata-rata mempersoalkan kewajaran kerajaan meminta sumbangan daripada persatuan buddha tetapi dalam masa yang sama membazirkan RM35.4 juta untuk membina dewan di Pagoh yang tidak diperlukan oleh rakyat diwaktu pandemik hari ini.


Bagaimanapun setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dari pihak terbabit yang mengesah atau menafikan kesahihan surat rasmi tersebut.

Apa pendapat anda sekiranya surat rasmi tersebut adalah sahih?

Wajarkah kerajaan membelanjakan RM35.4 juta untuk membina dewan tetapi terpaksa meminta sumbangan untuk pengurusan Covid-19 untuk rakyat? – Cinca






Join our Telegram Channel
Telegram