Umno Perak tidak akan berkompromi dan menyerahkan lima kerusi yang dimenanginya pada PRU14 yang lalu untuk ditandingi parti lain pada PRU15.
Pengerusinya Saarani Mohamad berkata ini kerana kesemua kerusi terbabit diperuntukkan kepada Umno, namun wakil rakyatnya bertindak meninggalkan parti itu selepas PRU14 dan menyertai parti lain.
Umno Perak tegas dalam soal ini, katanya semasa berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Larut di Taiping, hari ini.
Lima kerusi berkenaan ialah tiga kawasan Parlimen iaitu Larut, Bagan Serai dan Bukit Gantang serta dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Tualang Sekah dan Sungai Manik.
Sementara itu, Saarani yang juga Menteri Besar Perak mahu Umno negeri tersebut sentiasa berada dalam mod pilihan raya.
Ini kerana katanya gerakan mengasak keabsahan kerajaan Perikatan Nasional akan berterusan dan satu-satunya cara untuk memastikan kestabilan ialah menyerahkan semula mandat kepada rakyat untuk memilih.
“Mahu tidak mahu, kita perlu bersedia.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Umno Pagoh sepakat enggan beri laluan buat Muhyiddin
- UMNO Tangga Batu tolak Bersatu, tanding Dun dimenangi Rafiq
- Join PN lepas tu terikat, timbullah kesulitan, dah janji kenalah tunai, Tajuddin ingatkan Pas
- Umno Perak tak akan serah 5 kerusi dimenanginya pada PRU14
- Najib: Jika terus kekal dalam PN, UMNO akan berakhir
- No way, UMNO P Pinang tak mahu tolak ansur dengan PPBM
- 143 dari 191 bahagian Umno tolak kerjasama dengan PPBM – Zahid
- Umno Putrajaya suarakan sokongan terhadap Muhyiddin
Join our Telegram Channel