JASIN: Teka-teki berhubung siapa yang akan menguruskan jenazah Adik akhirnya
terjawab apabila salah seorang keluarga kandung mangsa memberitahu bahawa
mereka akan menuntutnya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pagi
ini.
Tinjauan Utusan Malaysia di rumah nenek mangsa di Taman Kasturi, Simpang
Bekoh di sini berjaya menemui salah seorang waris kanak-kanak tersebut yang
dipercayai bapa saudaranya.
Walau bagaimanapun, dia enggan ditemubual dan hanya menjawab ringkas bahawa
jenazah Adik akan dituntut keluarganya dan dikebumikan di sini.
Lelaki itu kemudian terus beredar dengan menunggang sebuah motosikal.
Jenazah dipercayai akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar,
Simpang Bekoh dan tinjauan mendapati liang lahad yang dipercayai untuk arwah
telah digali.
Sementara itu, Pengerusi Masjid Al-Hidayah Chabau, Rosli Ibrahim, 65, ketika
ditemui di pekarangan perkuburan memberitahu, van jenazah telah bergerak ke
Hospital Melaka untuk membawa jenazah kanak-kanak itu kira-kira pukul 8 pagi
tadi.
“Jenazah akan dibawa terus ke Surau As-Syakirin Simpang Bekoh untuk
disembahyangkan oleh ahli keluarga sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
“Saya dimaklumkan hanya 40 orang sahaja dibenarkan untuk menjalankan solat
jenazah tersebut,” katanya.
Sementara itu, menurut sumber, perkara itu telah diputuskan oleh keluarga
waris malam tadi dan memaklumkannya kepada keluarga angkat mangsa yang
berhasrat untuk menyemadikan arwah di Rawang, Selangor.
Utusan Malaysia turut difahamkan, keluarga waris turut meletakkan syarat
dengan membenarkan hanya dua wakil keluarga angkat untuk menguruskan jenazah
Adik.
Terdahulu Utusan Malaysia melaporkan, selepas kira-kira 3 bulan diambil
semula oleh ibu kandung daripada jagaan keluarga angkat, nasib seorang
kanak-kanak lelaki berakhir tragedi apabila dia meninggal dunia kerana
didera.
Mangsa yang berusia tujuh tahun yang dipanggil dengan gelaran Adik oleh
keluarga angkatnya menghembuskan nafas terakhir dengan kesan lebam dan
kecederaan di tubuh badan di rumah keluarganya di Taman Krubong Jaya di sini
Jumaat lalu. – Utusan
ARTIKEL BERKAITAN:
- Mati didera, ibu, bapa tiri lapor konon anak lemas
- [Video] Kalau tahu saya tak serah kepada ibu kandung dia
- Jiran kerap dengar tangisan kanak-kanak sebelum mati didera
- Ibu kandung arwah adik Amir ada masalah mental, dedah kawan
- Mahu tuntut jasad adik Amir, keluarga angkat terkilan dengan layanan pihak sana
- Ibu kandung arwah Amir bukan pesakit mental – Polis
- Suasana pilu di Hospital Melaka tunggu bedah siasat arwah adik Amir
- Banyak kecederaan baru dan lama, Amir meninggal anggaran 2 jam, bukan 2 hari – Polis
- Amir dikebumikan di Jasin Melaka
- Bapa tiri Amir pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan memukul isteri
Join our Telegram Channel