JOHOR BAHRU – Ustaz Ebit Lew menggunakan wang sumbangan berjumlah RM200,000
yang diberikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk membeli
sebanyak 500 unit gajet.
Menurut pendakwah popular itu, kesemua gajet berkenaan akan diagihkan kepada
pelajar yang memerlukan bagi menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR).
“Doakan ya. Terima kasih TMJ. Saya gunakan untuk beli 500 Tab untuk 500
pelajar untuk kelas online.
“Syukur dah sampai. Hari ini kami akan agihkan pada yang memerlukan. Semoga
menjadi asbab kebaikan,” ujarnya dalam satu kenyataan ringkas yang dimuat naik
dalam laman Facebook miliknya, hari ini.
Pada 5 Februari lalu, Tunku Ismail menerima kunjungan pendakwah popular itu di
kediaman rasminya di Istana Bukit Pelangi, di sini.
Tunku Ismail turut menzahirkan rasa kagum dengan usaha Ustaz Ebit Lew dalam
menyampaikan bantuan kepada golongan memerlukan dari seluruh negara, termasuk
di negeri ini.
Katanya, Ustaz Ebit Lew sering menolong rakyat terutamanya golongan asnaf dan
daif yang memerlukan bantuan dengan sumbangan dan usaha-usaha kebajikan.
“Antara aktiviti-aktiviti sumbangan yang paling saya kagumi adalah usaha
beliau dalam membantu rakyat dengan peralatan perubatan, bekalan makanan dan
barang keperluan asas.
Join our Telegram Channel