Batam: Gara-gara berang kerana permintaannya untuk membeli kasut baharu tidak
dituruti, seorang lelaki hilang kawalan hingga sanggup membunuh isterinya.
Tribunnews melaporkan, suspek dikenali Supriadi, 32, dikatakan mencekik leher
isterinya, Nurvita Sari, 26, sebelum membenam kepala mangsa di dalam baldi
hingga wanita itu meninggal dunia.
Supriadi dipercayai melakukan perbuatan itu di rumahnya di Barelang di sini,
dan mayat mangsa ditemui di ruang tamu kediaman.
Sebelum kejadian, Supriadi dikatakan meminta wang daripada mangsa untuk
membeli kasut baharu bagi kegunaan ke tempat kerja baharunya.
Mangsa bagaimanapun tidak melayan permintaan suaminya itu dengan memberi
alasan tiada wang.
Supriadi kemudian masuk ke bilik tidur dan mengambil wang dari almari sebelum
ia dirampas semula mangsa.
Lelaki itu mempersoalkan tindakan isterinya, namun wanita itu memberi alasan
tiada keperluan suaminya membeli kasut baharu.
Join our Telegram Channel