PADA hari Ahad lalu (kelmarin) penduduk di Sabah digemparkan dengan bunyi
kuat seperti letupan termasuk gegaran selama beberapa saat pada jam 11 pagi.
Antara penduduk yang mendengar bunyi letupan itu termasuklah di daerah
Beaufort, Sipitang, Kuala penyu dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Difahamkan bunyi letupan itu kedengaran dari arah daerah Lawas, Sarawak.
Ramai juga penduduk dari Brunei yang mengadu ada mendengar bunyi letupan
tersebut.
Hari ini Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) tampil
mendedahkan apa sebenarnya punca bunyi letupan berkenaan.
Menurut persatuan itu bunyi letupan tersebut dipercayai berpunca daripada
meteor (tahi bintang). "Meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei pada jam
11 pagi. Saksi mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap," katanya.
"Meteor dikesan memasuki ruang udara Brunei pada jam 11 pagi. Saksi
mengatakan ia menghasilkan bunyi kuat dan asap," katanya.
Berdasarkan laporan di portal Persatuan berkenaan, sebuah bola api besar
telah meletup di ruang udara Brunei dan penampakannya cukup jelas dilihat
pada siang hari 31 Januari 2021.
Persatuan itu telah menerima banyak laporan dari orang ramai yang mendengar
bunyi letupan misteri itu.
Puluhan orang telah menyaksikan fenomena menakjubkan ledakan dari tahi
bintang yang pecah berdasarkan kenyataan saksi yang melihatnya. Letupan
besar itu boleh didengar dan dirasai di seluruh daerah dalam negara Brunei.
Seorang individu bernama Haziq, berusia 22 tahun telah melaporkan kepada
PABD, selepas melihat cahaya hijau kebiruan jatuh dari langit di ruang udara
daerah Mulaut, sebelum mengambil gambar kejadian itu.
Menurut Haziq cahaya langit menjadi cerah tiba-tiba, sebelum beransur-ansur
bertukar kepada warna jingga kemerahan dalam masa sesaat.
Bunyi mengerikan itu turut diiringi dengan gegaran di angkasa. Seorang lagi
saksi, Zaty, 35 juga mengalami kejutan serupa dari daerah Jerudong. Katanya
dia melihat sebutir bebola api yang cerah datang dari langit sebelum berlaku
letupan kuat seminit selepas itu.
Salah seorang pemerhati tidak dikenali berusia 33 tahun, pula berkata "Saya
percaya telah ternampak sebutir meteor pagi ini ketika menghampiri kawasan
Lapangan Helikopter Anduki di Seria sekitar jam 11 pagi, namun saya tidak
dengar sebarang letupan akibat bunyi bising dari helikopter," –
Bruneiastronomy
Please subscribe
Join our Telegram Channel