Mike Tyson berjaya menghasilkan kekayaan sekitar £ 500,000 atau RM2 juta
sebulan dan kini dia sedang sibuk untuk membina sebuah kerajaan ganja.
Pendapatan yang menguntungkan ini difahamkan hadir daripada hasil penanaman
ganja di tanah seluas 169,1586 hektar.
Lagenda sukan tinju itu sudah mula menjual ganja sejak 2016 melalui label
Tyson Holistic.
Melalui perniagaan yang menawarkan ganja jenis premiun itu sahaja, dia berjaya
menghasilkan RM2 juta setiap bulan.
Selain daripada itu, dia juga sedang membangunkan pusat percutian di tanah
yang sama dan bercadang untuk menjadikan tempat itu sebagai kawasan festival
muzik.
Tyson juga bercadang untuk membina Tyson University yang akan memberi
pendidikan kepada petani mengenai penanaman ganja.
Setelah bertahun-tahun bergelumang dengan dadah, Tyson, yang kembali ke
gelanggang tinju menentang Roy Jones Jr pada November lalu, merasa selesa
dengan penggunaan ganja.
Tyson mengakui bahawa mengambil ganja menjadikan seseorang itu lebih tenang
dan disebabkan itu, dia memilih untuk bekerjasama dengan ahli perniagaan Rob
Hickman empat tahun yang lalu dengan tujuan untuk mengubah hidupnya dan
mengenali selok belok perniagaan ganja.
Rancangan untuk membina kerajaan ganja hadir pada 2018, Tyson mendedahkan
bahawa dia mahu mengembangkan perniagaannya kepada taman tema yang bertemakan
ganja pada tanah seluas 169,5168 hektar.
Digambarkan sebagai ‘wonderland of weed’, para tetamu boleh menghisap
ganja di mana sahaja di dalam taman tema terbabit.
Namun, apa yang dia harapkan adalah taman tema ini bukan sahaja menjadi tempat
percutian, tetapi ia juga akan mempromosikan kesihatan dan kesejahteraan.
Taman tema ini juga akan menawarkan sungai terpanjang di dunia dan membolehkan
para pengunjung menaiki rakit untuk meninjau kawasan sekitar. – Vocket
Join our Telegram Channel