Sebelum ini, ramai yang terkejut dengan penampilan baru Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga & Masyarakat, Rina Harun yang dilihat semakin kurus dan
bergaya.
Baru-baru ini pula, menerusi Instagram peribadi seorang pereka fesyen
terkenal, ManKajang29 telah kongsikan beberapa gambar disebalik tabir
photoshoot menunjukkan Rina Harun mengenakan busana baju kurung klasik
rekaannya.
Gambar-gambar yang dikongsikan oleh Man Kajang ini telah tular hingga nama
Rina Harun jadi trending di Twitter dari semalam hinggalah artikel ini
ditulis.
“Nak jadi model ke menteri?”
Namun, gambar tular ini telah menerima kritikan dari netizen serta ahli
parlimen kerana merasakan yang Rina Harun ‘tak buat kerja’.
Menerusi MalaysiaKini, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto turut
meluahkan kerisauannya dengan kementerian pimpinan Rina Harun ini yang
sepatutnya menjaga kebajikan orang tua, orang kurang upaya, kanak-kanak dan
wanita.
Lebih-lebih lagi selama lebih dua bulan, Rina Harun tak keluarkan apa-apa
kenyataan yang kuat walaupun banyak kes-kes besar yang telah berlaku.
Antaranya seperti remaja 16 tahun dirogol di dalam lokap polis di Sarawak,
budak lelaki mati didakwa didera oleh ibu kandung dan bapa tiri serta dakwaan
pemandu wanita diganggu oleh polis.
Saya tak menghalang orang yang ingin memperbaiki dirinya, tapi untuk manjakan
diri dikala orang memerlukan kepimpinan, Rina telah gagal.
Join our Telegram Channel