![]() |
Selepas Syed Ahmad Fadhli menutup komen FB, netizen mula menyerang FB Takiyudin. |
Jika tak puas hati saya kritik kerajaan PN pun, tak perlulah nak fitnah saya.
Lagi nak salahkan saya sebab Covid tidak terkawal sekarang?
1. Najib yg paling awal suruh sekat rentas negeri pada awal Oktober lagi masa
gelombang ketiga baru mula tercetus agar ianya dapat dihalang pada peringkat
awal dan PKP boleh dielakkan. Saya tak pernah bantah sekat rentas negeri.
"5 Okt 2020: Najib cadang sekatan rentas negeri bendung Covid-19." Rujuk di
sini.
Pada masa yang sama saya suruh sekat rentas negeri, PM8 kata ini:
"3 Okt 2020: Tenang…keadaan masih terkawal, kata PM." Rujuk di
sini.
Lalu, sekatan rentas negeri hanya dilaksanakan pada 7 Nov 2020 - iaitu lebih
sebulan selepas saranan saya dan pada ketika Covid sudah merebak ke seluruh
Malaysia.
2. Najib tak pernah bantah PKPB dilaksanakan malah pertahankan perlaksanaan
PKPB pada bulan Oktober (siap dengan graf kenapa perlu dilaksanakan) apabila
PH bantah.
Ini buktinya, rujuk di
sini.
3. Najib juga tak pernah suruh sekatan rentas negeri ditarik balik pada 7
Disember. Malah saya kata tindakan menarik balik sekatan rentas negeri pada
ketika Covid sedang mencanak naik adalah pengakuan kerajaan sudah gagal kawal
Covid.
Ini lagi bukti:
"7 Disember 2020: Tak lanjut PKPB pengakuan kerajaan tak mampu lagi bendung
penularan Covid-19." Rujuk di
sini.
Ya, dari mula-mula PKP 2.0 lagi saya memang mahu kerajaan melaksanakan PKP
dengan amat ketat supaya keadaan Covid dapat dikawal dengan paling berkesan
dan paling singkat agar PKP tidak perlu dilanjutkan berkali-kali sebab ianya
akan memanjangkan kesengsaraan Rakyat.
Dan ya, memang saya suruh tutup semua kilang-kilang dan tapak pembinaan dalam
2 minggu PKP 2.0 itu sebab saya kata ianya langsung tidak masuk akal bahawa
sektor-sektor yang menyumbang bahagian terbesar kepada gelombang ketiga juga
adalah sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi dalam PKP yang dilaksanakan
untuk bendung gelombang ketiga.
Lalu apa yang terjadi selepas itu?
PKP 2.0 telah dilanjutkan 2 kali. Hampir past ianya akan dilanjutkan sekali
lagi.
Kilang dan tapak pembinaan masih menyumbang bahagian terbesar kluster-kluster
baru dikesan setiap hari sepanjang tempoh PKP 2.0
Setelah 27 hari PKP, kes Covid masih tinggi dengan 3,731 kes baru dan kes
aktif sebanyak 51,241.
Malah lebih tinggi berbanding hari pertama PKP 2.0 (13 Jan: 2,985 kes baru.
32,337 kes aktif).
Dan akhirnya rekod Covid Malaysia menjadi antara paling teruk dalam ASEAN
(paling teruk dari segi jumlah penduduk).
Dan Malaysia merupakan juara dunia Covid untuk tempoh Oktober hingga sekarang
dengan kadar kenaikan paling laju dalam dunia pada ketika jumlah kes baru
dunia semakin turun.
"6 Feb 2020: Pandemik makin reda di seluruh dunia, tetapi tular makin pantas
di Malaysia." Rujuk di
sini.
Betul, saya bukan bijak sangat. Tapi saya tak bodoh, saya tak fitnah dan saya
bukan pengerusi MKN yang tanggungjawabnya untuk melawan Covid.
Sebab itu, jangan fitnah dan cuba salahkan saya setelah keadaan Covid telah
menjadi teruk ketika ini.
Join our Telegram Channel