Pengasas platform berkenalan dan janji temu Sugarbook akan dihadapkan ke
Mahkamah Majistret Shah Alam esok.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmat memaklumkan suspek akan
didakwa esok bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan kerana kenyataan yang
menimbulkan khianat awam.
"Pengarah Pendakwaan Selangor telah bersetuju untuk menuduh suspek bawah
Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.
"Pertuduhan akan dijalankan di Mahkamah Majistret Shah Alam pada 24/2/21, jam
9.00 pagi," katanya.
Lelaki berusia 34 tahun itu ditangkap pada 17 Februari berikutan laporan polis
di laman web setelah menyenaraikan 10 universiti awam dan swasta dengan palng
rami pelajar mencari "sugardaddy."
Bagaimanapun, pada hari berikutnya, mahkamah menolak permohonan reman polis
terhadap suspek.
Dia ditangkap semula pada hari yang sama untuk membantu siasatan kes rogol dan
pelacuran yang melibatkan pelajar universiti.
Kejadian itu dikatakan berlaku di Subang Jaya pada 19 Februari 2019.
Isu pelajar IPTA dan IPTS menjadi 'sugar baby' timbul susulan dakwaan aplikasi
'dating' atas talian, Sugarbook dikatakan menghubungi "sugar daddy" atau
"sugar mommy" dengan "sugar baby" di seluruh Asia.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel