KUALA LUMPUR – Gara-gara bengang tidak dapat makan di sebuah restoran, 11
lelaki naik berang lalu mengamuk dengan merosakkan peralatan kedai dalam
kejadian di sebuah restoran terkemuka di Little India, Brickfields malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, kedai berkenaan dikatakan dalam
proses menutup operasi perniagaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, siasatan
mendapati suspek tidak berpuashati dengan penutupan restoran berkenaan lalu
mengamuk.
“Ekoran itu, berlaku kekecohan yang mana suspek telah merosakkan peralatan
restoran termasuk meja dan kerusi,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas
pelancaran program Suntikan Vaksin Covid-19 Polis Kuala Lumpur di Klinik
Kesihatan Jinjang, di sini hari ini.
Jelasnya, selang beberapa jam kemudian, tiga suspek berusia 27 hingga 35 tahun
berjaya diberkas sekitar pukul 1 pagi di sekitar Kuala Lumpur.
“Manakala baki lapan suspek lagi sedang dikesan,” ujarnya.
Please subscribe
Join our Telegram Channel