Enam belas bekas anggota Umno gagal dalam tindakan undang-undang mencabar
kesahan parti itu dan mendapatkan perintah mahkamah untuk membubarkan Umno.
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan bekas anggota parti terhadap
keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberikan 'lampu hijau' agar Umno
menangguhkan pemilihan parti itu.
16 anggota bekas parti itu meminta ROS untuk membatalkan keputusannya pada
bulan Mac 2018 yang membenarkan Umno menangguhkan pemilihan partinya sehingga
April 2019; untuk menyiasat aduan yang dibuat dan membalasnya.
Mereka turut memohon perisytiharan bahawa Umno merupakan parti yang tidak sah
berkuat kuasa 20 April, tahun lepas.
Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran bagi semakan
kehakiman yang difailkan kumpulan itu selepas membenarkan bantahan awal yang
dikemukakan ROS.
Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Kamaludin Mohd Said (kini Hakim
Mahkamah Rayuan) menolak permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman atas
alasan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan menetapkan bahawa seseorang anggota
parti tidak boleh membawa pertikaian berkaitan parti ke mahkamah.
Pada 21 Feb lalu, Mahkamah Persekutuan membenarkan mereka membuat rayuan
berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang menolak
permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman
untuk mencabar kesahan parti Umno.
Join our Telegram Channel