Teluk Intan: Polis sudah mengambil keterangan pihak yang terbabit dalam
pertengkaran di sebuah kedai makan di Jalan Changkat Jong, di sini,
kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Yahaya Hassan
berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita
berusia 27 tahun pada 9.53 malam kelmarin.
"Wanita itu membuat laporan akibat perselisihan faham dengan seorang lelaki
berusia 56 tahun yang juga penyelianya di sebuah syarikat pengawal
keselamatan.
"Punca kejadian dipercayai akibat tidak berpuas hati berkaitan cuti. Polis
sudah memanggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan.
"Kedua-dua pihak itu bersetuju menyelesaikan kes secara baik," katanya dalam
kenyataan hari ini.
Terdahulu, video pertengkaran seorang lelaki dan wanita di sebuah kedai
makan tular di media sosial.
Pergaduhan itu kemudian dileraikan pekerja kedai makan. – Hmetro
ARTIKEL BERKAITAN:
Please subscribe
Join our Telegram Channel