SHAH ALAM – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta bantuan Polis Diraja
Malaysia (PDRM) untuk menjejaki dan menangkap usahawan kosmetik sensasi, Nur
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, yang kini
menghilangkan diri.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi
mengesahkan bahawa JAIS telah meminta bantuan pihaknya.
“JAIS telah hantar surat minta bantuan dan kita akan bantu kesan Nur Sajat,”
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Nur Sajat pada Selasa lalu dikenakan
waran tangkap
oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak hadir sebutan semula kes
berhubung menghina Islam.
Kosmo!
hari ini melaporkan JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota
Damansara pukul 9 malam semalam.
Join our Telegram Channel