AHLI Parlimen Seputeh Teresa Kok gembira dengan keputusan Mahkamah Tinggi
Kuala Lumpur yang
membenarkan penganut Kristian menggunakan perkataan Allah
dalam penerbitan pendidikan keagamaan mereka.
Ahli Parlimen DAP itu berkata, dengan keputusan tersebut doa mereka telah
diperkenankan.
“Our prayer answered (Doa kami dimakbulkan),” tulis Teresa sambil berkongsi
keratan berita dari sebuah portal bertajuk, High Court rules use of word Allah
by non-Muslims allowed.
Hakim Mahkamah Tinggi Nor Bee Ariffin hari ini membuat keputusan membenarkan
perisytiharan yang dibuat oleh seorang wanita Melanau dari Sarawak, Jill
Ireland Lawrence Bill bahawa hak perlembagaannya untuk mengamalkan agamanya
dihalang dengan sekatan atau melarang pengimportan bahan pendidikan.
Selain perkataan ALLAH, tiga lagi perkataan lain yang dibenarkan ialah
Baitullah, Kaabah dan solat.
Bagaimanapun penggunaan perkataan itu perlu disertakan dengan penafian hanya
untuk orang Kristian dan lambang salib di muka hadapan kulit buku.
Pada 23 Jun 2015, Mahkamah mengarah CD mengandungi kalimah ALLAH diserah
kepada Jill.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel