PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang),
Datuk Takiyuddin Hassan menyatakan jika mereka bayar kompaun dalam tempoh
seminggu mereka boleh dapat potongan sebanyak 50 peratus.
Menurutnya, rakyat dalam kalangan OKU atau rakyat miskin boleh membuat rayuan
jika tidak mampu untuk membayar kompaun.
Beliau berkata, diskaun 25 peratus daripada nilai kompaun sekiranya dibayar
dalam tempoh hari kelapan hingga 14 hari.
"Seseorang individu atau syarikat yang disaman dan dikenakan amaun tertentu,
jika mereka membayar dalam tempoh satu ke tujuh hari, secara automatik dapat
diskaun 50 peratus," katanya dalam sidang media sebentar tadi.
Takiyuddin berkata, terdapat tiga kategori yang boleh dikenakan kompaun iaitu
tahap tinggi, sederhana dan normal.
Beliau berkata, terdapat salah faham dalam isu kompaun RM10,000 kerana yang
ditulis pada kertas saman adalah seseorang boleh dikenakan kompaun tidak
melebihi RM10,000.
"Jadi, dengan keluarnya garis panduan ini, bermula hari ini 17 Mac termasuk
saman yang dikeluarkan sebelum ini, boleh bayar untuk mendapatkan 50 peratus,"
katanya.
Katanya, Pasukan Penguatkuasaan Pelaksanaan SOP dianggotai polis, tentera,
RELA, penguatkuasa PBT bermula 1 April. – Sinar
Join our Telegram Channel