PETALING JAYA – Polis Selangor sudah mengetahui tempat persembunyian usahawan
kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36.
“Kalau dia enggan serah diri, kita akan ambil tindakan,” kata Pemangku Ketua
Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi Kosmo! sebentar
tadi.
Sebelum ini Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga
meminta bantuan
pihak polis untuk mengesan usahawan itu.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan mahkamah mengeluarkan
waran tangkap
ke atas usahawan kosmetik tersebut selepas dia gagal hadir prosiding sebutan
semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama
Islam dipandang hina pada 23 Februari lalu.
Join our Telegram Channel