Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan melanjutkan pengajian
di Universiti Nasional Singapura dalam Dasar Awam Sekolah Lee Kuan Yew
selama sebulan.
Syed Saddiq berkata dia berhasrat memberikan gajinya sepanjang tempoh itu
bagi membantu kakitangan yang bekerja di kawasan parlimen berkenaan.
"Saya tidak pergi ke sana untuk bercuti tapi untuk belajar. Saya berharap
kajian saya dalam bidang dasar awam dapat menjadikan saya seorang ahli
parlimen dan pembuat dasar yang lebih baik untuk Muar dan Malaysia.
“Sejak darurat, pasukan saya di Muar berjaya membantu 765 keluarga
mendapatkan komputer riba dan tablet, 5,500 keluarga telah menerima bantuan
bank makanan, dan 150 pelajar menerima bantuan Dermasiswa Harapan Muar,
katanya dalam catatan di Facebook.
Sehubungan dengan itu Syed Saddiq berkata dia akan menyalurkan gajinya
sebagai ahli parlimen bagi bulan Mac kepada pasukannya di Muar.
Bekas menteri belia dan sukan itu menambah dia tidak layak menyimpan gaji
tersebut ketika melanjutkan pengajian.
"Sewaktu saya di Singapura, usaha ini akan diteruskan oleh pasukan saya di
Muar," katanya.
Syed Saddiq memulakan kursus eksekutif dalam dasar awam pada September tahun
lalu, namun dikehendaki hadir ke kelas secara fizikal sepanjang bulan
ini. – Mkini
Join our Telegram Channel