KOTA MARUDU – Seorang lelaki warga emas ditahan atas kesalahan mencabul
cucunya dalam kejadian di Jalan Pekan Lama, di sini semalam.
Perbuatan jijik lelaki berusia 60 tahun itu terbongkar selepas disedari bapa
mangsa berikutan terdengar suara kanak-kanak berusia lima tahun berkenaan
mengadu sakit.
Bapa mangsa kemudiannya membawa kanak-kanak berkenaan membuat laporan polis
kira-kira pukul 4 petang hari sama.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata,
sepasukan polis dikerah ke lokasi kejadian dan terus menahan suspek sebaik
menerima laporan.
“Siasatan awal mendapati kejadian disedari bapa mangsa selepas terdengar suara
anaknya yang mengadu ‘sakit’ ketika melalui bilik mentuanya.
“Bapa mangsa terus melihat ke dalam bilik dan mendapati mangsa berada di atas
badan suspek dalam keadaan separuh bogel,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Join our Telegram Channel