BELUM selesai isu promosi aktiviti perjudian dalam talian menggunakan tema
sambutan Hari Raya, muncul pula video kedua menggunakan konsep sama.
Terbaharu, satu lagi video iklan menggunakan tajuk Hari Raya Berkarya yang
turut mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan mereka bagi meraih wang
berganda tular di media sosial.
Berlatarbelakangkan lagu sambutan Aidilfitri dan barisan pelakon berbaju raya,
iklan berdurasi tiga minit 19 saat itu ternyata mengundang kemarahan netizen.
Ia dilihat mengisahkan tentang sepasang suami isteri yang berdepan pelbagai
kesukaran sebelum menyambut hari lebaran.
Video itu dilihat menggunakan konsep yang sama dengan mengajak orang ramai
‘cuci duit’ bagi mendapatkan duit dalam kadar segera.
Sebelum ini, sebuah iklan yang sama dikeluarkan syarikat perjudian yang
mengajak orang ramai menggunakan perkhidmatan syarikat itu bagi meraih wang
berganda tular di media sosial sejak Khamis.
Malah iklan perjudian berkenaan turut menggunakan khidmat lima pelakon Muslim
tampil dengan imej bertudung, lengkap berbaju kurung dan berbaju Melayu
menerusi iklan mereka.
Menerusi laporan eksklusif mStar pada Jumaat, wakil kumpulan pelakon MV
pertama berkenaan iaitu Saifullah Mohd Yunus, 24, mendakwa tidak mengetahui
mengenai latar belakang sindiket berkenaan yang menggunakan khidmat mereka
untuk tujuan promosi judi.
Susulan daripada itu, lapan individu termasuk lima pelakon iklan video muzik
(MV) raya yang mempromosikan perjudian dalam talian akhirnya dicekup pihak
polis.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat penerbit, pelakon video iklan raya judi
- Kami profesional, takkan nak hentikan shooting, kata pelakon video judi raya
- Kesemua pelakon video judi raya berjaya diberkas
- Permohonan reman 5 pelakon, produser video iklan raya judi ditolak
- Islam dihina lagi, satu lagi video iklan raya judi tular
- Hanya perlukan RM180 untuk hina Islam, pelakon judi raya akui dibayar murah
- Pembayar upah pelakon video judi raya ditahan
Please subscribe
Join our Telegram Channel