PETALING JAYA: Dua pemimpin Umno berkata, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin
tidak perlu takut untuk Parlimen bersidang memandangkan tinjauan terhadap
pengundi oleh Merdeka Center menunjukkan sokongan terhadapnya meningkat 67%.
Puad dalam hantarannya yang seolah-olah menyindir Muhyiddin berkata, penilaian
67% bermakna kerajaan Perikatan Nasional dalam keadaan “stabil”.
“Awal tahun ini, penilaian ratingnya dicatat pada 64%.
“Kalau sudah naik 3% kepada 67% maka wajar PM 8 sambung sidang Parlimen atau
bubar Parlimen. Kalau tidak berani bubar, bermakna PM tidak percaya pada
tinjauan tersebut,” katanya di Facebook.
Puad menambah, beliau akan mempertahankan pendirian #KerajaanGagal walaupun
dengan hasil tinjauan itu.
Tanda pagar itu timbul baru-baru ini, selepas jumlah kes Covid-19 meningkat
kepada lebih 2,000 setiap hari.
Sementara itu, veteran dan bekas menteri Umno Shahrir Samad berkata 67% adalah
sokongan besar untuk Muhyiddin, sambil menambah bahawa sekarang tiada alasan
untuk Parlimen terus digantung.
“‘Geng Publika’ seharusnya menasihatkan PM mengenai persidangan Dewan Rakyat.
Sokongan 67% boleh naik hingga 77%,” katanya.
Bagaimanapun Shahrir tidak menjelaskan siapa yang dimaksudkan dengan “Geng
Publika”.
Semalam, Merdeka Center mengumumkan hasil tinjauannya, dengan menyatakan
bahawa penilaian sokongan terhadap Muhyiddin tetap stabil pada 67%, walaupun
terdapat kebimbangan mengenai ekonomi dan wabak Covid-19.
Tinjauan itu dilakukan dari 31 Mac hingga 12 April, melibatkan kira-kira 2,111
pengundi di Semenanjung, dengan 64% responden adalah orang Melayu, 28% Cina
dan 8% India.
Dikatakan sokongan Muhyiddin dalam kalangan pengundi Melayu tetap kuat pada
83%, walaupun sokongan dari orang Cina dan India masing-masing lebih rendah
pada 30% dan 66%.
ARTIKEL BERKAITAN:
Join our Telegram Channel