JAKARTA: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dirogol oleh 10 lelaki
selepas diajak keluar oleh seorang suspek di bandar Langsa, Aceh.
Lapor Kompas.com, Ketua Unit Penyiasatan Jenayah Polis Langsa, Arief S. Wibowo
berkata, kesemua suspek sememangnya berniat dan merancang untuk merogol
mangsa.
“Mangsa sememangnya mengenali individu yang mengajaknya keluar tetapi mereka
bukannya keluar berdating.
“Suspek membawa remaja itu ke rumah kosong sebagai tebusan untuk melangsaikan
hutangnya berjumlah 300,000 rupiah (RM85),” katanya.
Menurut Arief, rakan suspek sudah menunggu mangsa di rumah itu sebelum
merogolnya secara bergilir-gilir.
Jelasnya, selepas dipaksa melakukan seks, mangsa kembali ke rumahnya dan
mengadu kepada ibu bapanya.
“Keluarga mangsa terus membuat laporan ke balai polis dan kita menahan
sembilan suspek. Sementara seorang lagi suspek masih bebas dan dikehendaki
pihak polis,” katanya.
Join our Telegram Channel