Kes kemalangan akibat mabuk merupakan salah satu faktor terbesar yang
menyumbangkan kepada jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia.
Terbaru, tular satu rakaman video menunjukkan dua orang pemuda ditemui
tertidur di dalam kereta di hadapan lampu isyarat setelah disyaki mabuk.
Perbuatan mereka telah menyebabkan gangguan lalu lintas hingga
menyebabkan pengguna jalan raya terkandas dalam kesesakan trafik jalan
raya. Namun tidak dapat dipastikan di mana kejadian ini berlaku.
Perkongsian video tersebut telah mendapat ribuan reaksi dan pandangan daripada
pengguna media sosial.
Rata-rata ramai yang terkesima melihat mereka berdua boleh tidur tidak
sedarkan diri walaupun perakam video telah melaung dan menggoncang pintu untuk
mengejutkan mereka.
Pada masa yang sama, ramai netizen memuji ‘tindakan’ mereka kerana tidak
meneruskan pemanduan dalam keadaan mabuk yang boleh membahayakan diri mereka
dan pengguna jalan raya yang lain.
You did the right thing but next time park tepi bro https://t.co/dFH1rlmDcx
— zzdub💨 (@justcallmezzdub) April 5, 2021
Join our Telegram Channel