SUSULAN kemarahan ramai berhubung video promosi aktiviti perjudian dalam
talian bertemakan sambutan Hari Raya yang tular di media sosial, tiga pelakon
dalam video muzik (MV) berkenaan tampil membuka mulut.
Menerusi pertemuan secara eksklusif bersama mStar, ketiga-tiga model dan
pelakon sambilan itu mendakwa pada awalnya diberitahu bahawa khidmat mereka
diperlukan bagi menjayakan rakaman MV sempena Hari Raya.
"Wakil produksi hubungi dan masukkan kami dalam group WhatsApp bernama ‘Raya
MV Shoot March 2021’.
"Saya beli baju raya semata-mata untuk penggambaran tu tanpa mengetahui ia
bagi mewakili jenama apa.
"Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka... malah
semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video,
jangan beritahu sesiapa sebab surprise," kata salah seorang pelakon lelaki
yang enggan dinamakan kepada mStar.
Untuk rekod penggambaran MV judi raya yang dibintangi lima individu beragama
Islam terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan itu diadakan di Kampung
Jawa di Hulu Langat, Selangor.
Penyebarannya secara meluas di media sosial mengundang kecaman ramai hingga
mendorong polis membuka kertas siasatan susulan satu laporan polis dibuat di
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata
video berdurasi dua minit satu saat itu jelas melanggar undang-undang dan
boleh mendatangkan kegusaran awam.
Selain itu menurut pelakon yang memegang watak pembantu itu lagi, dia dan
rakan-rakannya hanya menyedari mereka terlibat dalam sebuah iklan mempromosi
judi pada hari penggambaran, 13 Mac lalu.
"Kami desperate, freelance macam kami terjejas teruk (akibat Covid-19).
"Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni
mereka bayar pun sikit sangat.
"Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit... kami freelancer," katanya.
Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami akan pulang... tidak!
SAIFULLAH MOHD YUNUS
PELAKON
Bagaimanapun tambah pemuda berusia 26 tahun itu lagi, dia menyesal kerana
tidak mempunyai keberanian untuk menarik diri daripada meneruskan
penggambaran.
"Masa awal-awal memang berkaitan raya, tapi apabila masuk bahagian kedua
dipenghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah judi.
"Pihak produksi minta kami lip sync empat baris lirik lagu yang jelas
berkaitan perjudian.
"Saya menyesal sebab tak berani pull out, padahal kami tiada kontrak apa-apa
pun. Saya jadi panik, bukan saya je... kawan-kawan pun kena dan saya rasa
bersalah," katanya.
Sementara itu pelakon utama MV berkenaan iaitu, Saifullah Mohd Yunus, 24,
berkata dia kecewa dengan apa yang berlaku namun terpaksa meneruskan
penggambaran kerana mahu bersikap profesional.
"Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami
akan pulang... tidak!
"Memandangkan dah 70 peratus siap, kami hanya teruskan seperti yang
dirancang," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat penerbit, pelakon video iklan raya judi
- Kami profesional, takkan nak hentikan shooting, kata pelakon video judi raya
- Kesemua pelakon video judi raya berjaya diberkas
- Permohonan reman 5 pelakon, produser video iklan raya judi ditolak
- Islam dihina lagi, satu lagi video iklan raya judi tular
- Hanya perlukan RM180 untuk hina Islam, pelakon judi raya akui dibayar murah
- Pembayar upah pelakon video judi raya ditahan
Please subscribe
Join our Telegram Channel