Mana hasil siasatan klip audio Muhyiddin, Puad tanya SPRM, polis



APAKAH RAKAMAN AUDIO PERDANA MENTERI TULEN?

Rakyat masih tertanya tanya ketulenan audio rakaman Perdana Menteri yang sudah lama viral.

FB pro Tun M paling awal memuat naik satu rakaman mirip suara PM. Rakaman itu katanya dibuat dalam mesyuarat MPT PPBM pada 23.2.2020 sebelum kejatuhan PH.

Pada 23.7.2020, SPRM telah hantar laporan awal kepada Peguam Negara. Rakaman audio mirip suara PM itu menjanjikan jawatan untuk mereka yang menyertai BERSATU.


Jawatan yang disebut ialah Menteri atau GLC. Rujuk di sini.

Datuk Azam Baki kata, SPRM akan siasat dua perkara. Pertama keaslian rakaman dan kedua  apakah yang dijanjikan itu satu kesalahan.

Dalam rakaman itu, suara mirip PM berkata:....

“dan kita bagi jawatan. Tak jadi menteri, jadi chairman of GLC”.


Cara melantik menteri menteri dari UMNO memang menimbulkan kontroversi. Ia sama sekali tidak dibincang dan tidak mengikut hiraki parti UMNO.

Maka perlantikan itu dilihat ada muslihat politik. Hingga ke hari ini terdapat seorang dua kluster Menteri bertindak macam jurucakap  PPBM.

Sudah hampir setahun rakyat menunggu penjelasan SPRM dan PDRM mengenainya. Kenapa terlalu lama. Jangan senyap begitu sahaja.

– Dr Puad Zarkashi

 

Join our Telegram Channel
Telegram