Seorang lelaki berumur 25 tahun dari China terpaksa dikejarkan ke hospital
selepas meminum air coke dan makan mee segera.
Pemuda yang dikenali sebagai Wang itu, merasakan perutnya sakit sampai tak
boleh nak berdiri.
Menerusi Oriental Daily & WORLD OF BUZZ, Wang pada waktu itu makan malam
di pejabatnya, perutnya jadi sakit sejam selepas makan dan terjatuh ke lantai.
Rakan sekerja yang melihat Wang dalam kesakitan terus menghubungi ambulans.
Ketika tiba di hospital, doktor segera memasukkan tiub kedalam perut Wang
untuk melepaskan gas. Ketika dilepaskan, ada sedikit air coke dan mee segera
juga terkeluar.
Bagaimanapun, keadaan Wang menjadi stabil selepas menjalani rawatan, namun dia
ditahan di wad untuk pemerhatian.
Sebenarnya kes macam ni bukan pertama kali berlaku. Beberapa tahun lepas,
seorang lelaki dari Chongqing, China hampir maut selepas makan 2 bungkus mee
segera dan minum 2 botol air coke.
Dia kemudiannya mengalami perkara yang sama (sakit perut) dan kena keluarkan
gas.
Menurut SoraNews24, seporang profesor dari bidang biologi dan sains makanan di
Chongqing Technology dan Business University menjelaskan bahawa, apabila
seseorang itu makan coke dan mee segera, gas akan keluar badan secara
semulajadi menerusi sendawa.
Join our Telegram Channel