PETALING JAYA: Najib Razak mendakwa akaun Facebooknya mungkin disekat pada
Khamis, selepas dimaklumkan beberapa hantarannya tidak muncul di ‘timeline’
pengikutnya.
Bekas perdana menteri itu menyoal sama ada pihak tertentu bertanggungjawab
atas perkara itu.
“Adakah ada pihak yang kacau? Saya main FB pun ada yang takut?” soalnya di
Telegram.
Akaun Telegramnya itu setakat 11.30 malam tadi sudah mempunyai kira-kira 5,213
pengikut.
Sejak disingkirkan sebagai perdana menteri, Najib menjadi antara anggota
pembangkang paling lantang bersuara, terutama ketika pemerintahan Pakatan
Harapan selama 22 bulan.
Join our Telegram Channel