KUALA LUMPUR: Dua lelaki disyaki berperanan sebagai “pembayar upah” kepada
pelakon dalam dua video mempromosikan iklan perjudian dalam talian yang tular
di media sosial baru-baru ini, ditahan polis.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah, berkata kedua-dua
individu berusia 31 dan 34 tahun itu ditahan di Puchong dan Cheras dalam
operasi bermula 12 tengah malam dan 3.30 pagi tadi.
Katanya, lelaki terbabit bertindak sebagai pembayar upah kepada pelakon video
dan permohonan reman terhadap mereka akan dibuat hari ini.
“Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti produksi terbabit susulan
kedua-dua video berkenaan dihasilkan oleh dua produksi berbeza,” katanya,
menurut laporan Bernama.
Beliau berkata, polis semalam menahan tiga individu termasuk dua wanita yang
berperanan sebagai pelakon dan direman tiga hari hingga esok untuk siasatan
lanjut.
Katanya, siasatan mendapati tiga individu yang ditahan berperanan sebagai
pelakon dan menerima bayaran RM200.
Setakat ini, polis menahan 25 individu termasuk penerbit, pelakon dan kru
produksi bagi membantu siasatan pembikinan empat video mempromosikan judi
dalam talian yang tular menerusi laman sosial sejak minggu lepas.
ARTIKEL BERKAITAN:
- Polis siasat penerbit, pelakon video iklan raya judi
- Kami profesional, takkan nak hentikan shooting, kata pelakon video judi raya
- Kesemua pelakon video judi raya berjaya diberkas
- Permohonan reman 5 pelakon, produser video iklan raya judi ditolak
- Islam dihina lagi, satu lagi video iklan raya judi tular
- Hanya perlukan RM180 untuk hina Islam, pelakon judi raya akui dibayar murah
- Pembayar upah pelakon video judi raya ditahan
Join our Telegram Channel